Ikuti Laman ini

07 December 2009

0 Salam Bicara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Redha Tech Enterprise adalah sebuah syarikat ICT yang sedang berkembang maju. Berteraskan kepada konsep ‘Teknologi untuk masa hadapan’, Redha Tech Enterprise memberikan ruang untuk rakyat malaysia khusus menerokai dunia ICT dan membekalkan produk-produk yang berkaitan teknologi maklumat..

Perubahan corak kehidupan masa kini tidak memungkinkan keperluan produk ini menjadi satu keperluan pada setiap lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur. Justeru, tidak menjadi suatu yang luar biasa apabila kita mempunyai keinginan untuk menjadi masyarakat yang bergerak seiring dengan teknologi yang tersedia. Redha Tech Enterprise menawarkan produk-produk berkaitan komputer, keselamatan dan lain-lain produk seperti penjagaan kesihatan bioteknologi dan telekomunikasi serta alat tulis.

Tidak hanya menawarkan produk-produk ICT, Redha Tech Enterprise juga memberi peluang menambahkan pendapatan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan di dalam rangkaian produk homeotrapi Farmina Bio Plus Sdn. Bhd. Malahan telah ramai usahawan-usahawan berjaya yang telah lahir daripada program Mentor Mentee yang dianjurkan dengan sokongan MARA.

Akhir kata daripada saya, semoga usahawan-usahawan bumiputera terus maju dan berkembang dimasa hadapan seiring dengan seruan kerajan dalam mengembangkan ekonomi negara



Sekian.

Wassalam …

0 comments:

Post a Comment